|
Perlukah Kita
Mengamalkan Seks Yang Selamat?
Ya! Jauhilah AIDS dengan SEKS YANG SELAMAT.
Sesiapa pun boleh dijangkiti HIV, tidak kira lelaki atau wanita, heteroseks,
homoseks atau dwiseks. Anda tidak tahu siapa telah dijangkiti virus HIV.
Oleh yang demikian, pastikan anda mengamalkan seks yang selamat setiap kali.
SEKS YANG SELAMAT
ialah seks tanpa pemindahan air mani, cecair faraj atau darah di antara anda
dengan pasangan anda. HIV tidak dapat menembusi kulit yang sihat dan tidak
berluka. Jumlah virus HIV di dalam air liur tidak mencukupi
untuk menyebabkan jangkitan. Setakat ini, tiada sesiapa yang pernah
dijangkiti HIV melalui ciuman.
PERSETUBUHAN
Cara utama HIV berjangkit adalah melalui persetubuhan tanpa perlingdungan.
Air mani, darah and cecair faraj seseorang yang dijangkiti HIV mengandungi
banyak virus tersebut. Semasa persetubuhan, virus HIV senang menembusi
tisu-tisu sensitif di dalam zakar, faraj atau dubur. Risiko jangkitan masih
wujud walaupun zakar ditarik keluar sebelum pancutan air mani. Jadi jangan
melakukan persetubuhan tanpa mengunakan kondom serta pelincir walaupun ia
berlangsung seketika sahaja.
SEKS MELALUI MULUT
(ORAL SEKS) Jangkitan HIV mungkin berlaku jika air mani yang
mengandungi virus tersebut terkena pada bahagian dalam mulut tetapi risiko
ini rendah. Risiko jangkitan HIV adalah lebih tinggi jika mulut anda
bersawan atau berdarah. Menghisap zakar adalah selamat asalkan air mani
tidak terpancut ke dalam mulut. Gunakanlah kondom supaya air mani tidak
terkena pada mulut. Menjilat dan mencium bahagian kemaluan wanita adalah
selamat asalkan ia tidak berkudis serta tiada luka atau tengah datang haid.
Bagaimana Anda Boleh Berbincang Mengenai Seks Yang
Selamat?
Bincang tentang SEKS YANG SELAMAT dengan
pasangan anda. Ini adalah penting. Pada mulanya, anda mungkin rasa segan
atau susah hendak membangkitkan perkara ini. Anda perlu jujur dan
berterus-terang dengan pasangan anda supaya dia memahami dan menghormati
kehendak dan batasan anda.
Sediakan kondom. Adalah OK untuk merancang dan
membuat persediaan untuk perhubungan seks.
Walaupun anda sudah tahu cara-cara seks yang
selamat, ini tidak bermakna anda tidak akan tergoda dengan seks yang tidak
selamat. Anda mungkin melakukan seks yang tidak selamat jika anda menghadapi
kesukaran memakai kondom, mabuk, khayal atau terlalu ghairah. Mungkin anda
tengah bercinta ataupun merasa sedih dan kesunyian. Dalam keadaan tersebut,
pastikan anda mengamalkan seks yang selamat juga.
Sekiranya anda melakukan seks yang TIDAK
selamat, tanya diri mengapa demikian. Belajarlah daripada kejadian itu
supaya ia tidak berulang lagi. Sediakan diri untuk manghadapi situasi
sedemikian.
SEKS YANG SELAMAT melindungi anda. Amalkan
perhubungan seks yang sihat, kreatif and selamat.
Petua
Menggunakan Kondom
 |
Gunakan kondom yang bermutu baik. |
 |
Jika anda tidak biasa mengunakan kondom,
berlatihlah. Cubalah sendiri atau dengan pasangan anda. |
 |
Gunakan pelincir yang berasaskan air seperti
KY. Jangan guna pelincir yang berasaskan minyak seperti vaselin atau
krim muka. Minyak boleh merosakkan kondom. |
 |
Bubuh sedikit pelincir ke dalam puting
kondom untuk meningkatkan sensiviti. |
 |
Picit puting kondom supaya tiada udara di
dalamnya dan pasangkan pada zakar yang tegang. Masukkan gulungan kondom
itu sehingga pangkal zakar. |
 |
Sapukan lebih lagi KY pada bahagian luar
kondom yang dipasangkan itu. |
 |
Selepas memancut, peganglah pangkal kondom
dan tarik keluar zakar semasa ia masih tegang. Tanggalkan kondom itu
dengan cermat. |
 |
Ada berbagai jenis
kondom yang anda boleh cuba. Pilihlah yang baik dan bersesuian dengan
anda. |
|